Friday, August 28, 2009

10 Tip Menangani BERBELANJA DI MUSIM PERAYAAN

Dah seminggu bulan Ramdan datang..dan ada 3 minggu lagi utk kita menyambut syawal dan tentunya akak-akak, abang-abang, makcik-pakcik tengah sibuk menyediakan persiapaan raya..ada yg dah mula beli langsir dan tak ketinggalan juga yg menukar sofa baru dan serba serbi baru...namun di masa ekonomi tengah merudum ni eloklah kita beringat2 dan berpada2 semasa berbelanja...disini saya berikan 10 tips utk mengawal nafsu berbelanja..

1. Rancang dan Senarai barangan
Senarai barangan ni penting bagi memudahkan urusan pembelian ketika berada di pasaraya kelak. Selain menjimat masa,ia juga boleh mengelakan anda dpd membeli barangan yang tak perlu

2. Elak membeli secara sepontan
Biarpun anda sering berkunjung ke pasaraya, elakan membeli barang secara sepontan.Walaupun ia nampak menarik dimata, fikirkan secara mendalam akan kepentingannya sebelum membuat keputusan.

3.Ikut kemampuan dan jangan bersaing
Jangan terpengaruh dengan corak perbelanjaan kawan atau jiran anda.tahap kewangan dan tanggungan kita sememangnya berbeza.Berbelanjalah mengikut keperluan dan bukan atas tujuan menunjuk2. Istilah dengki atau bersaing harus dibuang agar tidak melampau tahap kewangan anda.

4.Elakkan berhutang
Ramai yang gemar berhutang terutamanya ketika membeli perabut dan perhiasan rumah.Sikap ini haruslah dihentikan kerana di khuatiri anda gagal untuk melunaskannya dalam masa terdekat.

5.Guna kad kredit secara bijak
Penggunaan kad kredit sememangnya selamat tanpa perlu membawa wang tunai yang banyak, namun berhati2 menggunakannya.Pastikan jumlah perbelanjaan menerusi kad kredit dibuat berdasarkan kemampuan anda.

6.Beli ikut kesesuaian
Bagi pakaian anak2 , beli dalam saiz yang besar sedikit kerana faktor tumbesaran mereka yang cepat meningkat. Pastikan pakaian mereka juga berkualiti dan tidak mudah koyak atau lusuh agar ia boleh dipakai berulang kali biarpun selepas perayaan kelak.

7.Jangan terpengaruh dengan iklan
Apabila tiba musim perayaan, iklan juga bermaharajalela. Ketika ini pelbagai barangan dengan harga menarik ditawarkan.Jangan mudah terpegaruh dengan tawaran yang di paparkan.Kenalpasti terlebih dahulu akan kepentingannya sebelum membeli.

8. Ganti perhiasan yang perlu sahaja
Perabut , langsir, permaidani dan cat antara perkara yang sering diganti setiap kali musim perayaan. Namun tak semua perhiasan tersebut perlu dibuang selagi ia masih kelihatan cantik. Gunakan kreativiti anda untuk menjadikan ia lebih menarik seperti menjahit juraian kristal pada langsir lama anda.

9.Usah terlalu teruja membeli juadah raya
Ketupat,rendang,biskut, kek dan sebagainya merupakan menu wajib yang sering disajikan dipagi Raya. Namun elak daripada membeli atau menyediakan juadah ini secara berlebihan hingga berlaku pembaziran.

10.Jangan masak berlebihan
Cuba anggarkan jumlah tetamu yang akan mengunjungi anda dan masak sekadar diperlukan sahaja. Jika perlu , simpan stok makanan mentah yang boleh dimasak segera terutama ketika menerima kunjungan tetamu yang tidak disangka2.

No comments:

Post a Comment